Thursday, October 13, 2011

Makanan enak dari seberang.

Sekali-sekala je aku post ni, ni pun dari email yang aku dapat... korang layan je la.

Di beberapa tempat di Indonesia tikus sawah ada yang dimakan. Kalau tidak ingin memakannya di interview aja dulu dagingnya Tetapi yang paling membedakan adalah struktur tulangnya, tiap binatang mah beda makanya harus belajar anatomi tikus, landak, ayam dan sebagainya.Hati-hati, kelihatannya seperti daging ayam....



So, marilah kita reverse gambar-gambar ini...


Bila dah siap... kelihatan sedap ooohhhhh.......

Ini pulak yang hampir siap.


Yang ini, sebelum digoreng.....

Ketikanya ia digoreng....

Dilapah, dipotong-potong... apakah ini ya???

HAHAHAHA.... cukkup..... cukkupppp kurranggg ajarrr....

Jadi, kalau kita melancong, berhati-hatilah... jangan sampai termakan ya?!!

Tuesday, June 7, 2011

The King's Speech


Aku memang jarang2 la tengok movie sekarang, kalau dulu tu memang ye, asal keluar movie baru kat wayang, aku la antara orang yang pertama beli CD atau DVD cetak rompak dia.... ahahahaha. Apsal? korang ingat aku tengok movie tu kat TGV ke?
ha, cerita pasal movie..., semalam aku baru lepas tengok cerita The King's Speech..., cerita ni memang la takde action gaduh2, terbang2, bawak kereta laju2 atau kuasa supernatural pun, tapi kisah yang seorang Raja dan seorang speech therapist, cerita ni memang banyak bercakap... kena tengok betul2 sambil konsentret.., ye la kan, sebab cerita dari UK ni biasanya memang penuh dengan benda2 yang tersirat.., dan memang betul..., cerita ni memang cerita yang baik.
Colin Firth membawak watak Prince Albert - The Duke of York yang seterusnya akan menggantikan ayah dan abangnya sebagai pewaris takhta Empayar British, dan sorang lagi watak yang sangat penting, Geoffrey Rush (dia ni yang jadi lanun dalam cerita Pirates), membawak watak sebagai Lionel Logan..., pakar terapi dalam bidang speech. Plot cerita berkisar mengenai Prince Albert yang gagap, bila dia gagap, self-confidence dia pun kurang, so, dia tak konfiden yang dia boleh jadi Raja UK, dia pun berkenalan dengan Lionel... latar belakang cerita ni ialah masa WW2, yang mana masa tu peranan Raja UK sangat penting, yang mana ucapan2 dia menentukan hala tuju UK dan Empayar dia di seluruh dunia...., cerita kemudian berkembang sampai la King ni jadi kawan kepada Lionel... macam2 plot yang menarik... cerita ni memang best.
Lepas abis cerita ni.., aku pun saja la menggoogle tajuk dia kan..., ha, rupanya cerita ni memang terbaik..., menang Academy Awards untuk Best Picture, Best Director, Best Actor & Best Original Screenplay.... so, no wonder la cerita ni sangat menarik untuk ditonton.

Sunday, June 5, 2011

Kan aku dah cakappp....

Assalam semua... ceh, mcm ramai je yang baca blog ni kan...., seperti yang macam aku cakap dalam 1st entry (yg dh modified... 1st entry asal dah delete), aku memang amat pemalas untuk mengupdate blog ya... buktinya.. tiada entry di bulan Mei. Si aku pun saje je nak tulis2 sikit ni... ok.. story kali ni... urmmmm...
Crita pasal Li Na menang FO.., tahniah utk dia, pemain Asia pertama yang menang Grand Slam tennis.., dia memang legend. Yang dia kalahkan tu juara bertahan tau.. hahaha.. terrer dia kan?
Aaa... lagi... aku baru beli keyboard, kecik je.. Yamaha Portasound... stakat utk pektis je. Lagi aku tambah A2 untuk effect aku.... so variation sound lepas ni memang agak rabak la kan..., apa bleh buat.., dari gitar ke keyboard...,
Ok la... lain2 malas la nak story, mungkin bulan 8 nanti aku update lagi... hahahaha... ciao.. assalam.

Tuesday, April 5, 2011

Terima kasih Embrace Hall.


Aku mewakili kugiran Prisma Fosil ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Embrace Hall sebab jemput kitorang main kat venue diorang pada 2 April 2011 haritu. Sebenarnya band kitorang ni tak complete haritu, sebab tu la terpaksa main ala2 instrumental, arrangements pun kami ubah jugak sebab nak mencukupkan masa yg diperuntukkan kepada kami. Jadi show di Embrace Hall tu adalah versi yang termoden la yg kami main, lepas ni mungkin takkan berulang semula... kami memang biasa ubah2 arrangement ni.
Haritu pun aku happy jugak sebab dah lama aku tak jumpa kawan lama yang jugak gitaris favourite aku dalam scene JB ni... siapa lagi kalau bukan Bai (Laila Lounge), dia pun main dengan band project je, Lyly of The Valley. Band ni main lagu yang enjoy, dan touch Bai memang akan sentiasa klasik..., skang dia tambah main keyboard pulak... best la kau Bai! Band2 yang lain pun best jugak, macam Nadi, dorang main rock.. solo yang mencengkam, tapi tang gitaris dia pakai Les Paul Custom tu memang tak boleh blah. Radio Antic pun wajar mendapat kredit yang tinggi, ade yang naik motor dari Batu Pahat.., tapi sampai paling awal, sama la dengan John D Madman, dia ni bukan band, tapi pemuisi solo, dia sampaikan 3 puisi.. enjoy. Cuma aku agak ketinggalan la tengok A Love In Misery, lepas show pun diorang balik awal.., sebab jauh kut.
So, ape2 pun lepas ni, kalau ada show yang nak panggil kitorang, silalah roger encik Eton yang jugak gitaris band kami, kami akan berikan kerjasama terbaik!!

System Reactivated

Saje nak re-activate blog ni, last post bulan Dec 2009 kut, lepas tu rasa malas nak post la kan... pastu terbiar la blog yg tak brapa nak best ni pun. Kali ni pun aku bukan nak aktif sangat, kalau aku rajin aku post la... kalau malas... takde la post aku.

Konsep blog ni? Hmmm..., memacam la, benda2 yang aku minat la.., muzik ke, sukan ke, bola ke, atau kisah2 aku jugak, atau (lagi) pandangan aku mengenai isu2 semasa dan tak semasa la. Hah.. layannnnnn.

* Gambar hanya sekadar hiasan.